Pages

salam blogger....

hari ni aku rasa mereng sikit pasal baca artikel ni......hahha.pelik-pelik benoo dunia ni......hahahha......sambil merompak umah orang pon sempat lagi mandi...hahahhaha.......yang ni berita dari akhbar.......kisah dia pasal sekumpulan penyamun yang menyamun ada sebuah rumah......tapi yang mengongnya sempat lagi mandi tengah-tengah orang dok kalut menyamun..........depa xdanmandi kot kat rumah depa sebelum p menyamun......hahahha

selalu kita dengaq orang menyamun 3 5 minit ja....ni menyamun pesen baru sampai siap mandi lagi.....kalau depa sempat pinjam deodorant tuan punya rumah aku xtau nak kata pa dah..........hhahahhaha....jom baca keratan akhbar ni...........


REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.

Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.

Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.

“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.

“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.

“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.

“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.

Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya.
hahahha.......gilooo betoi dunia zaman lani...................

3 Responses so far.

  1. Laa.. Mndi je? Nape x msk skali? Pas nyamon2 ley mkn.. Ahahaha~

  2. dem!
    mandi kot.,haha!
    ok la kan.,pekej combo tu~

  3. hahahha...........
    rumah tu penyamun ingat nak macam kawasn istirehat kt lebuh raya dh kot....
    sbb 2 mandi
    hahahah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...