Pages

Salam blogger......

setelah beberapa hari internet slow bapak pun ter ber,malam ni baru la laju sikit internet kat iium ni....haddoiii............maka blog ini agak usang serta agak tak best sikit....hahaha....

Gamoknye teman berazam start masuk sem baru ni nak menjadi blogger tegar.....tapi nampok gaye nyee tembantot skit la gamokk nye hasrat teman ni......nak challenge blog power laen la kononnyee......hahaha

tengah-tengah malam ni terasa insaf pulak teman.....maka teman terjumpa la artikel ni.....ate nye mike-mike semua boleh la membacenye idokkk........hahahha....


Sebuah kedai roti di kota Homs Syiria ‘menjual’ rotinya dengan bacaan surah Al-Fatihah setelah bangunan dan masjid yang berdekatan dengan kedai itu dihancurkan tentera rezim Assad. Beberapa halaman di laman jejaring sosial Facebook menyebutkan bahawa pada papan yang terletak di atas ‘kedai roti para syuhada’ itu tertulis “Satu roti untuk bacaan surah Al-Fatihah.” Para pemuda yang bekerja di kedai itu membahagi-bahagikan roti secara percuma kepada masyarakat dengan syarat mereka mahu membaca surah Al-Fatihah dan niatnya dikirimkan untuk para syuhada yang berasal dari kota Homs dan kota lainnya di Syiria. Kegiatan ini dilakukan agar warga kota lain terbuka hati untuk menyalurkan bantuan ke Homs.

Menurut salah seorang aktivis Homs, “Anak-anak di sini membaca surah Al-Fatihah untuk mendapatkan sejumlah roti yang akan mereka bahagi-bahagikan ke rumah penduduk.” Tindakan seperti ini, seperti yang dianalisa beberapa pemerhati dan aktivis politik, menunjukkan bahawa rakyat Syiria dapat bersatu untuk menghadapi perang yang sedang dilancarkan oleh rezim Assad. Nampaknya sepotong roti percuma yang didapatkan dengan bacaan surah Al-Fatihah lebih besar kesannya daripada pesawat yang membom wilayah itu dan menghancurkan masjid-masjidnya sehingga mereka tidak memperdulikan tentera pro Assad yang akan menyerang mereka tiba-tiba.

Perlu diingat bahawa Bashar Al-Assad telah mengubah kota Homs menjadi kota bencana kerana dianggap sebagai kubu revolusi Syiria, ini dibuktikan dengan adanya kerosakkan bangunan di mana-mana. Rezim Assad menghentikan pasukan makanan dan ubat-ubatan bagi warga Homs agar mereka menyerah dan undur dari perjuangan melawan Assad. Pada kenyataannya mereka tetap bertahan dan memberikan contoh terbaik kepada semua orang.

sebagai rifleksinya, penulis cuma nak nasihat la kan yang sebenooornye semangat islam itu tidak hanya terletak pada solat dah perkara ibadat sahaja....malah semangat islam itu still lagi boleh mike-mike sekalian tunjuk kat perkara lain....macam yang mike bace artikel kat atas ni....hahahah........selemat beramal......

burookkk benor teman cakap perak........hahaha........

salam blogger.......
setelah 3 bulan membanting tulang serta bersengkang mata bangun pagi awal bekerja sempena cuti sem,maka penulis sudah kembali lagi menjadi blogger.....walaupun x update lama dah blog ni,tapi still penulis nak ucap terima kasih kepada pembaca yang still follow blog ni serta membaca....haha...padahal blog xfemes pon....hahahhaha.......

kali ni penulis nak cerita pasal decoration sikit pasal sekarang ni penulis tengah addict skit dengan bidang-bidang decoration sikit......pantang jalan-jalan dekat mall mana-mana mesti singgah kedah perabot...bajet macam nak beli perabot la kan......hahahha.....padahal kompartment katil kecik je....hahahhaha.....jom baca jom..........



Gambar-gambar ini diambil dengan angle dari bawah, namun yang unik adalah ketika kita pertama kali melihat gambar ini kita akan berfikir seolah semua benda-benda ini tidak memiliki graviti dan melayang di udara. Dan hal ini jelas terlihat sangat mustahil. Fotografer Jerman Michael Rohde memang mengambil gambar-gambar ini dengan sudut pandang dari bawah namun dia memiliki cara khusus untuk mencipta gambar-gambar ini.


Cara tersebut terdapat pada komponen perabot yang nampak melayang. Rohde mengambar setiap item - baik almari, kerusi, atau tandas - dari bawah dan kemudian edit dengan melakukan pemotongan dan perakitan gambar menjadi satu satu. Hasilnya menarik, perabot itu nampak melayang atau seolah-olah foto itu diambil dari dalam ..

Seperti biasa la komen penulis,gambo ni memang owesome.....penulis pon xtawu macam mana dia buat.............hahahahah...........tu je la nak komen.....hahahhahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...