Pages


salam blogger.............

daripada cerita pelik-pelik,hari ni cek nak cerita pasal kes cinta pulak......hehehe.,....kadang-kadang kena jiwang jugak kn.....hahaha.........

hampa semua masti tau kan pasai pemain badminton china ni,Lin Dan..........nak kawen dh dia...melepas la awek2 cina kat malaysia ni....hahahha............tapi serius cun jugak la bakal isteri dia yang jugak pemain badminton china.....jom baca artikel ni jom............



BEIJING: Bintang badminton China, Lin Dan mendakwa latihan persiapannya untuk Sukan Olimpik 2012 di London, tidak menghalang perancangannya untuk mengahwini bekas juara dunia, Xie Xingfang.


Lin Dan, yang dianggap kebanyakan pihak sebagai pemain terbaik zaman ini, meraih pingat emas yang diingini sekian lama untuk menyempurnakan koleksi gelaran dunia dan Olimpik.


Dengan jaminan legasi aksinya, Lin, 27, berkata dia bersedia untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain, menjelmakan kemungkinan untuk berkahwin sebelum temasya sukan berprestij di London.


“Saya banyak mengorbankan keluarga, teman wanita dan rakan-rakan untuk bermain badminton. Kini, saya rasa keluarga saya dan rakan-rakan sama penting dengan sukan,” katanya kepada media tempatan semalam.


“Saya tidak akan menangguhkan perkahwinan hanya kerana Olimpik London. Saya punya banyak pengalaman dan saya tahu bagaimana untuk melakukan semulanya,” katanya.


“Saya mempertimbangkan untuk berkahwin sebelum temasya London dan saya sedang berusaha ke arah itu.”



baguih depa ni.....walaupon sibuk tetap jugak nak kawenn..........penulis pon nak kawen jugak la........hahahaha...........

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...