Pages

salam blogger.....

hari ni cek nak cerita pulak pasai satu habit yang orang dah biasa dah dok buat.....hehehe.....aku pon lebih kurang ja la.....2 kali 5.......ceh.......hhhahahaha

kalau biasa orang selalu dok letak lab top depa kat riba kan........dah nama pon komputer riba...hahaha.....selalunya time bila orang dok chatting la orang selau buat habit ni....lepas tu dok pulak kat ats katil macam dalam gambaq bawah ni.....sambil tu dok tesengih sorang-sorang pulak pasai dok chatting ngn awek......hahhaa.....biasa la tu..........hahahha......jom baca artikel ni.......


GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal 
Pediatrics.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.padan muka budak budak tu ketegaq sangat...hahahah.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


bahaya kan.......dah tu jangan ketegaq dah noh buat habit ni.....buat satu hari gatai nak pakai skirt dalam umah ka nak goda suami...tak ka buruk namanya tu bila dipandang bila kaki jadi lagu tu.......hahaha........

Labels:

4 Responses so far.

  1. aihh. suke jugak buat macam ni.

  2. Ukan ley bako lomak ke? Ahaks..

  3. cik liyana dh comee molek dah pon nak bakoo lemak ka??
    hahah

  4. letak laptop atas riba bley sbbkn kemandulan...especially lelaki ye...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...