Pages

salam blogger......

berhabuk dah blog cek ni............hahhah.......berapa hari dah x update ni.......hehe......

hari ni meh kita sembang pasal ilmiah sikit....selalu asyik pasal haiwan jah......hahah.....selalunya kalau biasa budak-budak kalau dah habis sekolah teros kerja...hat tu jenis malas ngaji lah...hahha....biasa la tu....dah memang trend dah pon zaman sekarang......tapi ikot nasib la kalau kes macam ni....ada yang maju boleh jadi kaya walaupun x berpelajaran tinggi.....tapi selalunya hat kita tengok banyak hat x  maju la....tu la akibatnya kalau xmau ngaji.....haaaa....

tapi hat ni kes pandai terlajak ni.....haha...umur baru 21 tahun dah ada ijazah perubatan..........selalunya bidang perubatan ni hat ngaji umoq 25 26 baru habih.....hat ni awai kot........hahha...jom baca jom......



LONDON - Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachael 'merampas' gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.
Tempoh pengajian pula memakan masa selama enam tahun menyebabkan graduan bidang itu biasanya berusia 23 atau 24 tahun.
Namun, Rachael dibenarkan untuk mengikuti pengajian perubatan hanya beberapa minggu selepas ulang tahun kelahiran ke-17.
Tidak lama lagi, Rachael akan memulakan latihan selama dua tahun di Hospital Royal Preston.
"Ibu saya merupakan seorang doktor veterinar. Tetapi saya rasa lebih sesuai membantu manusia. Akhirnya saya memohon menyertai sekolah perubatan di England ketika berusia 15 tahun," jelasnya.
Pada mulanya, Rachael belajar di Kolej Colegio Hispano Britanico di Lanzarote sebelum guru-gurunya mengenal pasti potensi dan membenarkannya untuk 'lompat kelas' selama beberapa tahun.



macam biasa la..... 1 ja pesanan penulis...


mengendap tinggi-tinggi,
sampai umah sebelah,
belajar tinggi-tinggi,
sampai x tau nak ngaji apa dah.


hahahha.....selamat beramal......pantun buruk.......hahahh

Labels:


salam blogger..........

ralit cek 2 hari ni smpai terlupa nak post entry baru.......heheh......

sebenaqnya cek sibuk lani mencari-cari kerja...biasa graduan tengah cuti semester,penganggur tetap dokek umah la jawabnya..........hahha......lagi 2 bulan cuti,pengagguran ke nye puuunnnnnn la aku.....hahah........

hari ni cek mau tulis pasal wanita.......walaupun hari bapa baru ja lepas,hahhaha......kisah wanita tertua kat atas muka bumi zaman lani nih...........biasa la kan zaman lani,paling kuat pun umor manusia zaman sekarang 60-80 tahun ja.....kalau minum Anlene lebih tu boleh la lebih sikit kn.....hahaha...jom baca jom.......


Besse Cooper yang ketika ini berusia 114 tahun 5 bulan menjadi orang tertua di dunia
setelah pada 31 januari lalu, Eunice G Sanborn meninggal dunia pada usia 115 tahun. 


Hal tersebut disahkan Gerontology Research Group, sebuah lembaga di Los Angeles 
yang mengeluarkan sijil untuk orang-orang yang berumur di atas 110 tahun. 

Cooper dilahirkan di Tennessee pada 26 Agos 1896. 
Ketika ini, Cooper tinggal di sebuah hospital swasta di Monroe, Georgia.

macam biasa la, 1 ja pesanan penulis,minum susu banyak-banyak......xapa,minum susu lebih daripada baby pon comeee apa.................hahahha..............

Labels:


salam blogger..................

cuba teka binatang raksaso apokah itu???..............hahha........nampak macam comee pulak......hahhaha

serius kalau nak buat binatang peliharaaan pon memang manja lagi jinak la habaq hampa........hahha...........kalah hamster dengan kucing.............hehhe.......tapi hampa tau ka haiwan apa ni.............haaaaaaaaaaa...........teka-teka cepat.........hehehe...jom baca kisah ni jom........


Tikus raksasa dengan gigi sepanjang 2.5 cm tertangkap di selatan China. Tikus itu memiliki berat 6 paun.

Penangkap tikus itu yang hanya disebut namanya sebagai Pak Xian mengatakan berhasil menangkap tikus itu apabila dikerumuni ramai orang.

Dia menyangka tikus itu spesies yang bernilai tinggi. Tikus itu melawan ketika ekornya akan ditangkap dan tenang setelah dipegang lehernya.

"Aku telah menangkap tikus yang berukuran seperti  kucing," katanya.

Perhutanan China mengidentifikasikan tikus itu sebagai tikus bambu. Tapi petugas berkata bahawa kenyataan itu masih perlu penelitian lebih lanjut.

Tikus bambu China jarang yang boleh berukuran lebih dari 10 inci. Tikus ini sering ditemui di sebelah selatan China, utara Burma dan Vietnam.

Sementara tikus bambu Sumatera sering ditemukan di barat daya China Yunnan. Di semenanjung Malaysia tikus boleh membesar sehingga panjangnya mencapai 30 inci termasuk ekor dan beratnya boleh mencapai 8 paun.

Tikus raksasa Sumatera pernah diangkat dalam cerita Sherlock Holmes dengan judul The Adventure of a Sussex Vampire. Semua tikus bambu biasanya bergerak kurang lincah dan menghabiskan waktunya didalam lubang.

Tikus bambu China sering disajikan sebagai makanan (blueekk). Tikus terbesar adalah tikus Afrika yang boleh membesar sehingga sepanjang mencapai 36 inci.


heheh.comee kan tikus ni...............serius comee tahap giloo........hahaha....macam biasa la, 1 ja pesanan penulis,apa salahnya kalau nampak tikus sampah tu ambik bawak balik umah buat haiwan peliharaan.....kan penyayang namanya tu............hahha.......selamat beramal.............

Labels:

salam blooger.............

kalau selalu kita tengok gambar kat bawah ni msti kita rasa komfem lagi serius komfem x tau nak habaq lagu mana dah yang pemandu keta ni KO kan.......hahah.......

terok tu...hilang bumbung kereta,silap-silap boleh hilang kepala pemandu jugak...aiyya.........tapi semua ni kuasa Allah.....xdak sapa yang nak cari mati...laen la hat depa yang saja dok tengah-tengah highway kan........hahha....yang tu memang kes nak mati cepat.......heheh......

jom baca kisah ni jom........




Seorang pemandu teksi bagaikan 'mati hidup semula' apabila nyaris dihempap sebuah lori syarikat keselamatan yang hampir terbalik setelah tersangkut di bawah jejambat di bulatan berhampiran Bank Negara, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika Abdul Halim Abd. Haniff, 40, membawa seorang penumpang lelaki berusia 30-an dan sedang melalui jalan itu.
Katanya, dia telah melihat lori itu dari Jalan Parlimen dan mengekorinya sebelum mengambil keputusan untuk memotongnya di sebelah kanan.

"Saya rasa macam tak sedap hati. Tiba-tiba saya mendengar dentuman dan nampak lori itu merempuh jejambat serta hampir terbalik.
"Saya terus memandu laju sikit untuk mengelak dihempap lori itu. Mujurlah sempat dan berada betul-betul antara kepala lori dan badannya.


KERJA-KERJA mengangkat sebuah lori lori syarikat keselamatan yang terbalik dan menghempap sebuah teksi dan motosikal di Bulatan Datuk Onn di hadapan bangunan Bank Negara, di Kuala Lumpur. Kemalangan ini menyebabkan ibu negara sesak teruk lebih empat jam mulai 10 pagi.


"Bahagian belakang teksi pula remuk dihempap lori tetapi tersangkut sedikit di pembahagi jalan yang setinggi paras bahu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, penumpang teksi itu pula turut bernasib baik kerana ketika kejadian, lelaki tersebut berada di tempat duduk hadapan.

Menurutnya, penumpang tersebut yang cedera ringan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.
"Saya rasa trauma dengan kejadian itu dan rasanya serik untuk berada di atas jalan. Bagaimanapun inilah punca rezeki saya dan akan cuba memulihkan semangat," ujar beliau.

Kejadian itu juga menyebabkan warga kota yang menggunakan jalan tersebut terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa selama hampir empat jam.


macam biasa la, 1 ja pesanan penulis,pakai helmet bila membonceng,kalau rajin pakai la sekali ketika memandu.....xsalah aih......comel apa................cuma gila sikit la pasai mana ada orang memandu kat jalan raya pakai helmet...........haha

Labels:

salam blogger.......

sapa kuat clubbing???..........heheh.....sapa yang kuat clubbing tu bole la kot baca benda ni........heheh.....kes ni kes mari berdansa bersama mayat......betoi ka???

betoi la.....hehe...tapi xada la sampai lampu lip lap lip lap tu...dj pon xada la...........kalau cari memang xjumpa aih kat Malaysia ni....kes ni kes sambutan unutk orang mati dekat Madagaskar......heheh....jom baca jom.....



Famadihana merupakan tradisi penguburan orang Malagasi di Madagaskar. Mereka membawa mayat nenek moyang mereka dengan menggantikan kain kafan baru untuk dikuburkan kembali , kemudian menari dengan mayat-mayat di sekitar makam dengan diiringi alunan muzik.

Kebiasaan Famadihana dimulakan sejak abad ketujuh belas, hingga sekarang .Adat ini diberdasarkan pada sebuah keyakinan bahawa roh-roh orang mati akhirnya bergabung dengan dunia abadi setelah sempurnakan, lengkap tubuh dan upacara, yang mungkin memakan waktu bertahun-tahun. Di Madagaskar ini menjadi ritual rutin ,biasanya sekali setiap tujuh tahun, dan kebiasaan membawa bersama seluruh keluarga dalam perayaan kerabat. Upacara ini mahal, terutama kerana perbelanjaannya menyediakan makanan bagi sejumlah besar keluarga dan tetamu.


Amalan Famadihana semakin kurang diamalkan kerana permbelanjaan kafan sutera dari beberapa organisasi Kristian. Protestan Injil mencegah adat tersebut, meskipun Gereja Katolik menganggap Famadihana sebagai murni budaya berdasarkan. Sebagai salah seorang Malagasi menjelaskan kepada BBC, Ini penting sebagai cara kita menghormati orang mati. Ini juga merupakan peluang bagi semua ahli keluarga, dari seluruh negeri, untuk datang bersama-sama. Festival ini merupakan cara bagi rakyat dataran tinggi tengah bersatu dengan orang mati dan peluang untuk menghindari atau mengurangi rasa bersalah atau menyalahkan.

Famadihana juga diadakan untuk memberikan penghormatan kepada orang mati melalui pemindahan tulang ke tempat tinggal tetap. Keluarga menyimpat wang sepanjang tahun untuk merayakan festival ini. Makam pemakaman yang dibuka dengan hati-hati banyak dan dianggap untuk bertindak sebagai penghubung antara orang mati dan hidup. Kaum keluarga juga pergi ke kubur untuk melihat jenazah yang masih bersisa walaupun hanya tinggal rangka..

Festival ini juga terdiri dari korban haiwan dan berbagai bentuk perayaan tradisional. Daging binatang dibunuh dibahagikan di antara kerabat dan teman-teman. Ada lagu tradisional dan pertunjukan tarian yang dilakukan oleh anggota keluarga atau dari kegemaran si mati. Motif utama di sebalik festival ini adalah berasal dari kepercayaan masyarakat tempatan yang mati kembali kepada Allah dan lahir semula dalam keadaan yang bersih. Orang mati sangat dihormati didalam masyarakat tempatan kerana mereka dianggap berkaitan langsung dengan Allah.

macam biasa la,1 ja pesanan penulis,sesungguhnya sesudah mati itu xda dah aih hubungan antara si mati dengan org di dunia ni melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah,ilmu berfaedah dan doa anak soleh......xda aih tarian-tarian clubbing-clubbing semua tu...........heheh.......selamat beramal.......

Labels:

salam blogger...

hari ni cek nak tulis pasai anjing pulak.......semalam tikus.........hahah..miggu ni tema blog cek tema haiwan.......hahah....kena la tulis pasai haiwan.......

tapi ni kes kes telebih penyepit baju kot.....haha...mongek punya oreng,walaupun anjing kategori haiwan harem,tapi kesian la jugak bila tengok kena sodai macam baju.....gilo3......kes ni kat Filipina.....jom baca jom....





Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam. Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.



Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.
Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.



Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.
Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.
Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.



macam biasa la, 1 ja nasihat penulis,kalau terlebih penyepit baju tu,jangan la sidai haiwan,buat penyepit nak  picit jerawat pon ok apa...........hahahha

Labels:

salam blogger

hari ni cek nak cerita pasai tikus pulak..............heheh.......kalau sebleum ni cek penah cerita pasai tikus goreng kan,kalau nak beca tikus goyeng tu tekan sini pon bole ( tikus goyeng ).....

tapi hari ni cek nak cerita kes tikus tergoreng diri sendiri pulak.........hahha.....kes ni berlaku kat KL ja pon awal tahun ni......sapa dok KL serius wajib baca............hahah.............jom baca jom.....



Sebanyak 8 restoran di Kuala Lumpur diperintahkan untuk tutup setelah gagal memenuhi standard kebersihan.

Salah sebuah restoran yang berlokasi dekat Jalan Tengku Kelana, bahkan ditemui tikus mati di kualinya. Bangkai binatang tersebut terlihat mengambang di didalam bekas minyak goreng di dapur restoran tersebut.

Petugas kesihatan juga menemui kotoran haiwan di 8 restoran yang diselidiki dalam Operasi Bersepadu Bersih 3 itu.

“Pada pemeriksaan di outlet pertama, kami menemui bekas makanan ditempatkan di lantai "kataAmran Jali,Wakil direktor Dewan Bahagian Kesihatan Kuala Lumpur .

Dia mengatakan bahwa restoran tersebut sudah diperintahkan segera tutup, segera setelah pemeriksaan. Namun pemiliknya diberi waktu dua minggu untuk membersihkan outlet mereka.




macam biasa la,1 ja nasihat penulis,makan tengok-tengok dulu,takut termakan tikus goreng ja.......hahahah.......takut puasa setahun ja lepas tu............hehehe.......

Labels:

salam blogger.......

hari ni cek nak cerita pasai orang gemok pulak.......sapa kata orang gemok pon xlaku.....laku kot......walaupon golongan lebihan berat badan ni selalu orang kata macam-macam,tapi depa tetap cute bak kata kumpulan jambu,muka legend hati cute.......hahaha.....padahal pak yus kumpulan jambu tu kira gemok la tu......hehehe.............jom baca kisah ni jom........

Berlaku di sebuah negara, pertandingan ratu cantik yang hanya dikhaskan bagi wanita gemuk, diulangi, tersangat gemuk tapi cantik...

Dan pertandingan itu dimenangi oleh srg wanita, nelly (bukan nama sebenar) yang mengalahkan 40 orang wanita lain yang gemuk-gemuk belaka....






tengaok-tengok xda jerawat kan..........hahhahah......kuat makan jamu ni........haha





yang ni iklan tokak tie ya tuan2 puan2.......hahahh


















haha.......1 ja nasihat penulis,walaupon rasa diri obes,jangan patah semangat dan maintain muka xda jerawat ok.......kuruih muka penoh jerawat x guna jugak.............hahahha.......selamat beramal...............

Labels:

salam blogger..........

hari ni cek nak cerita pasai kes kawen ramai pulak ni....aiyya......macam-macam maa...........kisah ni kes sorg remaja baru 18 tahun dah kawen dah sebanyak 11 kali....jom baca jom........



Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.
Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.
Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.


penulis pon dah xtau nak pesan apa dah.......hahhaa.......ngarut sgguh............


Labels:

salam blogger.....

sori sangat nah cek dh xdapat nak rajin update blog ni tiap-tiap ari dah lani.pasai cek baru  ja start keja kat klia...stay pon umah sewa.....biasa la kan.....bila dh stay umah sewa ni,kawan-kawan kerja pon baru....xbole la nak bawak lab top kn gi umah sewa......bahayoo.....heheh.....

cek sebenarnya cuti lani.....budak-budak degree uni kan lani banyak cuti kan smpai bulan 9....dah tu cek pasai cuti lama,cek pon tepaksa la cari kerja...yala boring yang amat dok umah.....kesian jugak kat mak cek perabis beras untuk cek.,..hehhe.....

sebenarnya cek xkerja hebat pon kat klia tu...nama ja klia,tapi kerja cek xpower pon....cuci kapal terbang ja........hahah....tapi bole la gaji ckop makan.....tapi yang bestnya pasai tiap-tiap ari nampk pramugari......hahaha...macam cek ni kerja under syarikat yang cuci kapal terbang arab.....kapal terbang ni la........

http://www.flugzeugposter.de/images/gross/saudi-arabian_b777-200_hz-akf_1.jpg

kapal ni banyak bawak penumpang Malaysia yang baru balik dari buat umrah...kan tanah arab kan....dah ada kapal trbang mestila ada pramugari nya kan.....hahah....ni la pramugari yang aku jumpa tiap-tiap ari.....hehhehe..diorg punya uniform pakai topi apa xtau nak macam kopiah pulak aku tgk....hahaha


hehehe....besar kn....tapi rilek ja kerja ni sebenarya...sehari cek cuci 2 buah kapal terbang...tapi kadang-kadang ada jugak kapal terbang laen yang aku cuci macam kapal terbang ni

Goa Srilanka airlines flight
yang ni passnger dia banyak dari india la kalau x silap.......dah tu macam biasa la dah nama pon Sri Lanka,pramugari pon msti la org India jugak..heheh....uniform diorg pakai sari kot........heheh...

http://s2.hubimg.com/u/2674505.jpg

apa pon cek macam suka kerja ni....walaupon gaji x beribu-ribu,tapi bole la nak tidoq lama-lama pasai kerja skli cuci flight x smpai sejam pon....hehhe...yang masa laen tu cek tidoq ja la.......tempat kerja pon bole tidoq....hahha..kalah kerja kilang........haha......apapon,ariosss......

salam blogger...........

hari ni cek terbaca pasl 1 kisah lembu..........heheh......kisah main-main bunuh lembu..........
bongek butoi depa ni...bole pulak main-main bunuh lembu......pakai lembing pulak tu......macam zaman perang troy dulu....gila toi.jom baca jom......




TORDESILLAS, Sepanyol - Sejumlah lelaki di bandar ini semalam menyertai festival berusia lebih 100 tahun untuk membunuh seekor lembu jantan dengan menggunakan lembing.

Ratusan orang menyertai festival selama setengah jam itu yang dikenali sebagai Toro de la Vega untuk membunuh seekor lembu jantan bernama Platanito.


Lembu itu perlu dibunuh di sebuah kawasan yang tidak dipenuhi belukar selepas haiwan tersebut menyeberangi sebuah jambatan merentasi Sungai Duero.

Festival itu diadakan sejak 1453 pada setiap tahun dalam minggu kedua bulan September.




Labels:

salam blogger..............

adakah anda gi rongak mahupun gigi jongang????

hehe....xada apa-apa pon.......saja ja...........hari ni cek terbaca satu artikel ni.....gila pelik.........gigi ikan nak macam manusia dh bila tengok............kalau gigi monyet tu memang xpelik la pasai memang dh nak sama dh pon kan......tapi hat ni sekoq ikan kat South Carolina....dah nak sebijik dah cek tengok gigi dia dengan gigi manusia.......tapi xsama la ngan gigi cek...........heheh......jom baca kisah ni jom....



Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut ketika ikan yang ditangkap, mengigitnya dengan kuat. Dia  menjerit dan setelah dimemeriksa gigi ikan ini mirip gigi manusia.

Seperti dipetik web.orange Frank Yarborough sedang memancing di Wylie, South Carolina. Baru saja melontar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut.

Frank gembira kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kg dengan panjang hampir setengah meter.  Dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia terkejut dan menjerit kerana didigigit kencang seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa, ikan itu memiliki gigi seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan disekitar itu pada umumnya.


Ikan dibawa pulang. Yarborough belum terfikir untuk menggorengnya. Seingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Bahagian Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengambil sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan jenis spesies ikan misteri itu.


sebagai pesanan dari penulis,rajin-rajin la gosok gigi.......takot nanti sama pulak dengan gigi ikan ni....heheh

Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...