Pages

salam blogger.....

perghhhh.........besooooooonya.........haa,benda apa yg besoo tu.....kalau tengok gambaq kat bawah pon dah tau kan besaq mana.....hahah...teruja la konon.......padahal naek flight pon blm pernah(tak termasok time aku kerja kat KLIA dulu la....time tu sehari 2 kali aku naek...tiap-tiap hari pulak tu..hahha)....

tapi bila dah jejak kaki kat KLIA tu mesti dah teruja kan.....terasa PERAK(bahasa kedah bermaksud jakun/macam xpenah tengok).....hahhaa......dah naek flight sekali mesti nak naek sekali lagi kan......hahahha.......jom baca artikel kat bawah ni jom...



Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada bulan April 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, jambatan udara yang akan dibina adalah mesra penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan menyaksikan pembinaan kompleks KLIA2 itu, pada Selasa.

Bashir berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 itu yang meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi dan telah bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas.
Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.

Beliau juga berkata, landasan ketiga yang baru dengan kelebaran 4 kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.
KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2 yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.

Ditanya sama ada terdapatnya kos yang berlebihan dan penangguhan dalam operasi lapangan terbang, beliau berkata lebih banyak masa akan diambil untuk membina apa yang pastinya merupakan terminal terbesar dunia untuk penerbangan kos rendah dengan kemudahan yang terbaik.
"KLIA2 dibina pada kos terendah untuk setiap penumpang dengan jambatan udara dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan termasuk sistem bagasi automasi sepenuhnya," kata beliau.

Ia juga akan mempunyai 6,000 tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung, empat buah hotel, hotel transit, jambatan udara dan ruang komersil yang lebih luas untuk kawasan runcit.
Perkhidmatan ERL yang ada sekarang ini yang beroperasi dari KL Sentral ke terminal utama KLIA, akan dilanjutkan 2.2 kilometer lagi, untuk dihubungkan ke KLIA2.
Beliau juga berkata yang MAHB telah memberikan AirAsia, pengguna utama KLIA2, pengagihan khas untuk membina ibu pejabatnya beserta dengan "apron access" serta Tune Hotel.

Beliau juga berkata caj servis penumpang tidak akan dinaikkan tetapi MAHB mempunyai pilihan untuk membincangkannya dengan kerajaan setiap lima tahun dan pusingan perbincangan akan datang hanya boleh diadakan pada tahun 2014.
Beliau menafikan cadangan yang dana awam telah digunakan untuk membina KLIA2, sambil menyatakan yang MAHB telah mengumpul dana untuk projek ini daripada pasaran termasuklah RM3.1 bilion, yang mana RM600 juta masih lagi belum digunakan.

Beliau berkata, MAHB telah meninjau kemungkinan mengumpulkan modal daripada pasaran di mana ia mempunyai pilihan untuk melakukan penempatan persendirian sehingga 10 peratus tanpa perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham di mesyuarat agung tahunan.
Mengenai laporan menyatakan yang ia mungkin disingkirkan, Bashir berkata:" bagaimana anda mahu saya memberi maklum balas kepada soalan itu?"
Beliau juga berkata yang kesemua urusannya dengan kerajaan, pemegang saham, pemegang kepentingan serta syarikat penerbangan termasuk AirAsia, MAHB sentiasa terbuka, telus dan profesional.

Mengenai aduan oleh ketua Airasia, Tan Sri Tony Fernandes yang syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai perkembangan KLIA2, Bashir berkata MAHB mengadakan mesyuarat setiap minggu dengan kesemua rakan niaganya di mana segalanya dibincangkan dan tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Bashir juga berkata yang MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan Qantas mengenai kemungkinan mereka menyambung semula operasi dari KLIA.
Beliau berkata, MAHB mengendalikan tender terbuka untuk memberikan projek-projek di KLIA2.


sebagai kata-kata akhir penulis,jom2 la pakat kita serbu KLIA2 bila dah siap nanti......time tu xlayan dah la bas-bas ni....hahhahahahha

salam blogger......

dah lama x update blog yang penuh informasi lagi penuh kontroversi dengan cerita yang BEST..(weerkkk...)....hahahha....sorry la noh...agak sibuk sekarang penulis.....sejak ada hobby baru ni,jarang sikit nk update blog......fishing....serius best.....obviously cek memang dah agak kemaruk dengan hobby baru ni.....

walaupun x la pandai sangat,tapi at least dah power dh banyak hal dalam mmncing(werkk........)....hahahhaha.......

hari ni jom baca kisah ni,seriously xkan terjumpa punya kat area tempat kita tinggal....execption(hospital tanjong rambutan)....haha....jom baca jom...



“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.


“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.



sebagai nasihat penulis,banyak lagi benda yang boleh dimakan kt dunia ni,kalau sampai kebuloq pon,jangan la bantai makan sabun tu.......rumput tu berlambak kt tepi jalan....hahahh.....

Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...