salam blogger.....
perghhhh.........besooooooonya.........haa,benda apa yg besoo tu.....kalau tengok gambaq kat bawah pon dah tau kan besaq mana.....hahah...teruja la konon.......padahal naek flight pon blm pernah(tak termasok time aku kerja kat KLIA dulu la....time tu sehari 2 kali aku naek...tiap-tiap hari pulak tu..hahha)....
tapi bila dah jejak kaki kat KLIA tu mesti dah teruja kan.....terasa PERAK(bahasa kedah bermaksud jakun/macam xpenah tengok).....hahhaa......dah naek flight sekali mesti nak naek sekali lagi kan......hahahha.......jom baca artikel kat bawah ni jom...
“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.
Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.
“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.
“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.
“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.
Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.
“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.
“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.
“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.
“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.
sebagai nasihat penulis,banyak lagi benda yang boleh dimakan kt dunia ni,kalau sampai kebuloq pon,jangan la bantai makan sabun tu.......rumput tu berlambak kt tepi jalan....hahahh.....
Pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke begitu sukar dipisahkan.
Mereka dilahirkan selang empat minit, belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama serta lulus dengan gred yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama.
Pasangan kembar itu juga berkahwin pada hari yang sama dan berbulan madu di tempat yang sama.
Kedua-dua beradik itu adalah anggota polis wanita, memandu kereta model yang serupa, mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar dan sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang.
Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.
Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.
Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut. ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.
“Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa.
“Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.” Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’ Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.
Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.
salam blogger.........
kayoooooooooooooooooooo................hahhaha....sapa xmau duit AS$1 juta.......banyak tu......kalau dalam duit Malaysia,mau cecah 3 juta lebih......sebab tu la orang selalu cakap,akal itu lebih tajam dari mata pedang....memang betoi la tu,mata pedang tajam lagu mana pon kalau jual berapa ringgit ja bole dapat....tapi akal hat lagi tajam bukan takat mata pedang ja,anak pedang,bapak pedang,tok pedang pon bole dapat...hahhah.....jom baca kisah millionaire ni jom....
Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.
Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.
"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.
Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil.
macam biasa la,sebagai nasihatnya,rajin-rajin la baca paper,pasai selalu soklan hat cek dok tengok dalam rancangan kena tanya dalam Who Wants to Be a Millionaire tu selalu rasa ada dalam paper ja...general knowledge kot....hahahha.......bila dah dapat duit tu,goyang kaki gosok gigi ja la.............hahahhahah
salam blogger.....
walaupon bulan puasa dah pon lepas,tapi ibadah puasa still lagi ada....sapa kata puasa untuk bulan ramadhan ja......puasa ada banyak lagi sebenaqnya.......xkisah la ganti puasa masa hat xpuasa bulan ramadan ka,macam-macam lagi la....hahahahha
kalau kat malaysia ni,biasanya kita puasa nak dekat 12 jam....tu pon temengah-mengah lagi....sebenaqnya ada lagi tempat hat puasa lagi lama.....haaaaaaaaa...jom baca....
Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.
Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.
"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.
"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.
Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.
"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu.
macam biasa la,sebagai nasihat,puasa tu bagi la penoh........serius sakit kot time nak ganti balik........kalau orang pompuan tu,paham-paham ja la.....................hahah....
salam blogger....
banyak dah tempat-tempat yang hebat lagi menterbeliakkan mata dah cek tengok kat dunia.......xperlu pi jauh-jauh,kat malaysia sendiri ni pon dah banyak tempat yang menarik...contohnya menara KLCC tu....kalau sapa hat buleh dok kat tingkat ats sekali tu,tobat aih mesti dia kata "cek la orang paling tinggi kat dunia ni,hat laen semua rendah" ......hahahaha........tapi pernah ka kita terfikir macam mana bangunan ni terbina dan apa pulak akan terjadi sekiranya bangunan tu nak runtuh dah..........jom baca jom....
Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya.
Bangunan marmar berusia 358 tahun itu menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun.
Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan.
Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar.
Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong.
Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi.
Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan.
Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut.
“Keadaan ini tidak pernah dijangka pembinanya.
“Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi,” katanya.
salam blogger....
haaaa...kalau selalu cek dok tengok la orang lelaki selalu dok kalut-kalut nak sikat rambut bila dah buang helmet...pompuan pon apa kurangnya.....tambah pulak kalau hat baru dok rebonding rambot......punya la muka ketat kalau tengok rambot depa kusut........hahahah....
tapi lani,hampa xperlu risau kerana helmet zaman lani semakin lama semakin canggih...hahahahha..jom baca jom.....
Kebanyakan orang cuba mengelak menggunakan topi keledar berambut.
Namun, topi keledar yang dilengkapi rambut ini membuatkan rambut anda terurus dan boleh disikat setiap masa.
Sekumpulan pereka dari Kazakhstan muncul dengan produk topi keledar yang akan menarik perhatian orang apabila anda memakainya ketika menunggang motosikal.
Ia termasuk topi keledar dilengkapi rambut berwarna kemerahan - lengkap dengan telinga - dan rambut pendek coklat dengan anting-anting di telinga.
Rekaan itu dicipta agensi pemasaran Good! di Almaty, Kazakhstan
.
macam biasa la,cek pon xtau nak bagi nasihat apa......cuma kalau rebonding rambut hat mahal tu,pakai jari pon bole...tapi kalau hat murah tu,pakai dawai besi pon x jadi apa........hahah
salam blogger.............
memang kaku dah jari aku nak menulis ni...lama gila dah xupdate......
disebabkan akhbar harian metro zaman lani banyak dah cek dok tengok berita semua hat pasal seks....haishhhhhh......tiap-tiap ari mesti ada ja berita pelik-pelik kat harian metro...untuk lebih informasi dan berita-berita panas,hampa usha la sendiri......haha...tapi hari ni nak cerita kes rogol kantoi....hahah...bongok gila......aku ingat kuda ja boleh buat,anjing pon bole buat...hahaha..jom baca jom........
Seorang datuk bernama Eugene Hickman dan berumur 54 tahun dikenakan tuduhan melakukan kejahatan terhadap haiwan setelah cucunya menangkap basah dirinya dalam keadaan telanjang dan hendak memperkosa anjing.
Dia yang berasal dari DeFuniak Springs, Florida, Amerika Syarikat (AS), ditangkap sherif dari Walton County Sheriffs setelah pihak keluarganya melaporkan, bahawa cucunya sendiri melihatnya di atas badan anjing mereka yang berumur tiga tahun.
Menurut laporan itu, Hickman mengatakan dia ingin mencuba melakukan seks dengan anjing namun sayangnya gagal memasukkan penisnya ke lubang kemaluan anjing tersebut. Dia berjanji di depan polis tidak akan melakukan kejahatan itu lagi sementara anjing jenis bulldog itu dibawa ke pusat pengumpulan haiwan untuk diperiksa lebih lanjut..
macam biasa la,sebagai pengajaran,carilah pasangan yang sesuai agar tidak terkantoi...malu kalau kantoi.......hahahhaha
salam blogger.......
rindu gila aku nak menulis.....pertama sekali,cek nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada rakan-rakan blogger beragama islam dan tak lupa juga yg bukan beragama islam......bole tumpang sekaki beli-beli dekat bazar ramadhan kan......hahha.....
asal bulan ramdhan ja xda kes laen...cerita bazar ramdahan ja la hat cek dengaq.....biasa la....pasar malam dengan bazar ramadhan kan x sama...haaaa...kan kan kan....
tapi hat peliknya,patutnya bulan puasa ni patutnya makin kurus,tapi awat aku tengok ada sesetengah org tuh makain gemok...........haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............hahahhahah....lu pikir la sendiri.........
hari ni cek nak cerita pasal kes pelik ni...aiyya.....xtau buleh jadi lagu mana kes ni...kes tersesat jalan la ni....ulaq sesat jalan....hahhah..jom baca jom....
Disangka hamil, seorang wanita Pakistan ternyata tanpa sengaja telah "memelihara" ular selama lebih dari 7 bulan di dalam perutnya.
Kejadian yang sukar dipercayai itu dialami oleh seorang wanita berumur 50 tahun, Rasheedan Bibi, penduduk kota kecil Chora Saggar di Pakistan.
Dilaporkan oleh The Nation, ular itu tertelan oleh Bibi ketika ia minum air dari kendi di rumahnya. Setelah 2 bulan, dia merasakan perutnya membesar, namun dia menyangka ketika itu dirinya sedang hamil. 7 bulan kemudian, seluruh tubuhnya membengkak dan dia mengalami sakit keras. Bibi lalu dibawa ke rumah sakit dan semua orang terkejut ketika test USG menemukan adanya ular besar di dalam perut wanita itu.
Rasheedan Bibi, makan 14 roti setiap hari. Keluarganya termasuk golongan yang tidak mampu dan mereka memohon kepada ketua Menteri Punjab (daerah antara Pakistan dan India) untuk membantu membiayai pembedahan.
aduish........macam-macam....oleh yg demikian, 1 ja pesanan penulis,hati-hati bila nak minum tu....tapi ni kan bulan posa,jangan minum time puasa pulak.........hahahahhahaha
salam blogger.......
jarang sangat lani cek nk update blog ni.....maklum la.....sekarang cek dh start koje baru sementara nk isi cuti smpai raya ni....balik koje pulak nk dekat pukol 10 malam......memang letih giloo la seharian kerja......dh tu balik-balik teros landing ats katil tidoq sampai pagi esok......pagi pulak masok keja balik pulak dah pukul 9.45....memang berhabuk la blog ni lepas ni...........hahah......
api hari ni memang ada cerita panas....rasanya memang laku la akhbar metro hari ni.........hahha....cek pon tau berita ni dari rakan sekerja cek waktu rehat tengah hari tadi....tiba-tiba ja dia cakap ada berita panas dekat akhbar metro hari...........haaaaaaaaaaa......nak tau cerita apa, jom baca artikel ni....
Seorang wanita ditahan selepas dia memberi dadah kepada suaminya, mengikatnya di katil dan kemudian memotong kemaluan serta meletakannya ke dalam tempat pelupusan sampah.
Leftenan Jeff Nightengale berkata, Catherine Kieu Becker meletakkan dadah dalam makanan dan memberikan kepada mangsa, yang namanya tidak didedahkan sebaik sebelum kejadian lewat malam tadi.
Nightengale berkata, mangsa berusia 51 tahun berada demam, terbaring dan tidak sedarkan diri.
Becker kemudiannya mengikat mangsa tangan dan kaki mangsa dengan tali, membuka pakaian dan menyerang dengan pisau 25.4 sentimeter sebaik mangsa sedarkan diri.
"Mangsa tidak sedarkan diri apabila kemaluannya dipotong," kata Nightengale.
hahah......bahaya betol pompuan zaman lani.....ganas-ganas belaka..........hahah......macam biasa la 1 ja pesanan penulis......jagalah keselamatan anggota tubuh badan anda.........xmau nasihat lebih-lebih sangat...paham-paham ja lah....hahahha........
salam blogger.......
hari ni sapa hat xdan lagi nak tengok KL GENGSTER kat wayang lagi bole dah nak usha online .....sapa la murah hati upload ni kt youtube..........hahah....
jom nonton kat bawah ni....plug and play ja....selamat nonton.....hahaha...
LONDON: Seekor kucing mendapat dua kaki bionik selepas menjalani pembedahan pertama di dunia yang dapat mengubah masa depan individu yang mengalami kecacatan kaki.
Oscar yang kehilangan kaki akibat tersepit di mesin penuai kini boleh berlari selepas pembedahan implan. Peralatan sokongan besi yang dimasukkan ke dalam buku lali Oscar itu mebolehkan tulang dan kulitnya bercantum di sekitar besi berkenaan.
Tapak kaki palsu juga direka khas di bawahnya bagi melancarkan pergerakan Oscar.
Oscar boleh berdiri sehari selepas dibedah doktor haiwan, Dr Noel Fitzpatrick di Surrey yang menelan belanja £4,000 (RM19,600).
Empat bulan kemudian berat Oscar bertambah dan kini ia boleh berlari.
Dr Fitzpatrick memberitahu teknik yang diaplikasi itu dijangka dapat digunakan ke atas manusia.
haaaaaa.....menarik kan....tapi mahal sikit la....kalau aku la,aku x mampu sikit,aku ambik kayu ikat ja kat kaki kucing tu,janji depa boleh jalan...kesian oooh depa hat xda kaki.....kalau manusia xda jari sebatang pon dah rasa susah,ni kan pulak kaki....hahah...
macam biasa, 1 ja pesanan penulis, jangan makan gula banyak sangat,nanti kencing manis.....hahha....
Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.
Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.
Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.
Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.
Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan.
macam biasa, 1 ja pesanan penulis, air kalau dah sedap tu kalau nak minum ja lah.tapi tengok-tengok sama.....kalau sperma kuda boleh lagi,buatnya tetiba sperma binatang laen....telur katak ka yang berbuih-buih tu macam hat kita selalu tengok tu..........hahahahhahahh
Rachael 'merampas' gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.
Tempoh pengajian pula memakan masa selama enam tahun menyebabkan graduan bidang itu biasanya berusia 23 atau 24 tahun.
Namun, Rachael dibenarkan untuk mengikuti pengajian perubatan hanya beberapa minggu selepas ulang tahun kelahiran ke-17.
Tidak lama lagi, Rachael akan memulakan latihan selama dua tahun di Hospital Royal Preston.
"Ibu saya merupakan seorang doktor veterinar. Tetapi saya rasa lebih sesuai membantu manusia. Akhirnya saya memohon menyertai sekolah perubatan di England ketika berusia 15 tahun," jelasnya.
Pada mulanya, Rachael belajar di Kolej Colegio Hispano Britanico di Lanzarote sebelum guru-gurunya mengenal pasti potensi dan membenarkannya untuk 'lompat kelas' selama beberapa tahun.
macam biasa la..... 1 ja pesanan penulis...
mengendap tinggi-tinggi,
sampai umah sebelah,
belajar tinggi-tinggi,
sampai x tau nak ngaji apa dah.
hahahha.....selamat beramal......pantun buruk.......hahahh
macam biasa la, 1 ja pesanan penulis,minum susu banyak-banyak......xapa,minum susu lebih daripada baby pon comeee apa.................hahahha..............
salam blooger.............
kalau selalu kita tengok gambar kat bawah ni msti kita rasa komfem lagi serius komfem x tau nak habaq lagu mana dah yang pemandu keta ni KO kan.......hahah.......
terok tu...hilang bumbung kereta,silap-silap boleh hilang kepala pemandu jugak...aiyya.........tapi semua ni kuasa Allah.....xdak sapa yang nak cari mati...laen la hat depa yang saja dok tengah-tengah highway kan........hahha....yang tu memang kes nak mati cepat.......heheh......
jom baca kisah ni jom........
Seorang pemandu teksi bagaikan 'mati hidup semula' apabila nyaris dihempap sebuah lori syarikat keselamatan yang hampir terbalik setelah tersangkut di bawah jejambat di bulatan berhampiran Bank Negara, di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika Abdul Halim Abd. Haniff, 40, membawa seorang penumpang lelaki berusia 30-an dan sedang melalui jalan itu.
Katanya, dia telah melihat lori itu dari Jalan Parlimen dan mengekorinya sebelum mengambil keputusan untuk memotongnya di sebelah kanan.
"Saya rasa macam tak sedap hati. Tiba-tiba saya mendengar dentuman dan nampak lori itu merempuh jejambat serta hampir terbalik.
"Saya terus memandu laju sikit untuk mengelak dihempap lori itu. Mujurlah sempat dan berada betul-betul antara kepala lori dan badannya.
salam blogger.......
sapa kuat clubbing???..........heheh.....sapa yang kuat clubbing tu bole la kot baca benda ni........heheh.....kes ni kes mari berdansa bersama mayat......betoi ka???
betoi la.....hehe...tapi xada la sampai lampu lip lap lip lap tu...dj pon xada la...........kalau cari memang xjumpa aih kat Malaysia ni....kes ni kes sambutan unutk orang mati dekat Madagaskar......heheh....jom baca jom.....
Famadihana merupakan tradisi penguburan orang Malagasi di Madagaskar. Mereka membawa mayat nenek moyang mereka dengan menggantikan kain kafan baru untuk dikuburkan kembali , kemudian menari dengan mayat-mayat di sekitar makam dengan diiringi alunan muzik.
Kebiasaan Famadihana dimulakan sejak abad ketujuh belas, hingga sekarang .Adat ini diberdasarkan pada sebuah keyakinan bahawa roh-roh orang mati akhirnya bergabung dengan dunia abadi setelah sempurnakan, lengkap tubuh dan upacara, yang mungkin memakan waktu bertahun-tahun. Di Madagaskar ini menjadi ritual rutin ,biasanya sekali setiap tujuh tahun, dan kebiasaan membawa bersama seluruh keluarga dalam perayaan kerabat. Upacara ini mahal, terutama kerana perbelanjaannya menyediakan makanan bagi sejumlah besar keluarga dan tetamu.
Amalan Famadihana semakin kurang diamalkan kerana permbelanjaan kafan sutera dari beberapa organisasi Kristian. Protestan Injil mencegah adat tersebut, meskipun Gereja Katolik menganggap Famadihana sebagai murni budaya berdasarkan. Sebagai salah seorang Malagasi menjelaskan kepada BBC, Ini penting sebagai cara kita menghormati orang mati. Ini juga merupakan peluang bagi semua ahli keluarga, dari seluruh negeri, untuk datang bersama-sama. Festival ini merupakan cara bagi rakyat dataran tinggi tengah bersatu dengan orang mati dan peluang untuk menghindari atau mengurangi rasa bersalah atau menyalahkan.
Famadihana juga diadakan untuk memberikan penghormatan kepada orang mati melalui pemindahan tulang ke tempat tinggal tetap. Keluarga menyimpat wang sepanjang tahun untuk merayakan festival ini. Makam pemakaman yang dibuka dengan hati-hati banyak dan dianggap untuk bertindak sebagai penghubung antara orang mati dan hidup. Kaum keluarga juga pergi ke kubur untuk melihat jenazah yang masih bersisa walaupun hanya tinggal rangka..
Festival ini juga terdiri dari korban haiwan dan berbagai bentuk perayaan tradisional. Daging binatang dibunuh dibahagikan di antara kerabat dan teman-teman. Ada lagu tradisional dan pertunjukan tarian yang dilakukan oleh anggota keluarga atau dari kegemaran si mati. Motif utama di sebalik festival ini adalah berasal dari kepercayaan masyarakat tempatan yang mati kembali kepada Allah dan lahir semula dalam keadaan yang bersih. Orang mati sangat dihormati didalam masyarakat tempatan kerana mereka dianggap berkaitan langsung dengan Allah.
macam biasa la,1 ja pesanan penulis,sesungguhnya sesudah mati itu xda dah aih hubungan antara si mati dengan org di dunia ni melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah,ilmu berfaedah dan doa anak soleh......xda aih tarian-tarian clubbing-clubbing semua tu...........heheh.......selamat beramal.......
salam blogger...
hari ni cek nak tulis pasai anjing pulak.......semalam tikus.........hahah..miggu ni tema blog cek tema haiwan.......hahah....kena la tulis pasai haiwan.......
tapi ni kes kes telebih penyepit baju kot.....haha...mongek punya oreng,walaupun anjing kategori haiwan harem,tapi kesian la jugak bila tengok kena sodai macam baju.....gilo3......kes ni kat Filipina.....jom baca jom....
Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam. Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.
Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.
Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.
Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.
Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.
Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
macam biasa la, 1 ja nasihat penulis,kalau terlebih penyepit baju tu,jangan la sidai haiwan,buat penyepit nak picit jerawat pon ok apa...........hahahha
salam blogger
hari ni cek nak cerita pasai tikus pulak..............heheh.......kalau sebleum ni cek penah cerita pasai tikus goreng kan,kalau nak beca tikus goyeng tu tekan sini pon bole ( tikus goyeng ).....
tapi hari ni cek nak cerita kes tikus tergoreng diri sendiri pulak.........hahha.....kes ni berlaku kat KL ja pon awal tahun ni......sapa dok KL serius wajib baca............hahah.............jom baca jom.....
Sebanyak 8 restoran di Kuala Lumpur diperintahkan untuk tutup setelah gagal memenuhi standard kebersihan.
Salah sebuah restoran yang berlokasi dekat Jalan Tengku Kelana, bahkan ditemui tikus mati di kualinya. Bangkai binatang tersebut terlihat mengambang di didalam bekas minyak goreng di dapur restoran tersebut.
Petugas kesihatan juga menemui kotoran haiwan di 8 restoran yang diselidiki dalam Operasi Bersepadu Bersih 3 itu.
“Pada pemeriksaan di outlet pertama, kami menemui bekas makanan ditempatkan di lantai "kataAmran Jali,Wakil direktor Dewan Bahagian Kesihatan Kuala Lumpur .
Dia mengatakan bahwa restoran tersebut sudah diperintahkan segera tutup, segera setelah pemeriksaan. Namun pemiliknya diberi waktu dua minggu untuk membersihkan outlet mereka.
macam biasa la,1 ja nasihat penulis,makan tengok-tengok dulu,takut termakan tikus goreng ja.......hahahah.......takut puasa setahun ja lepas tu............hehehe.......
salam blogger.......
hari ni cek nak cerita pasai orang gemok pulak.......sapa kata orang gemok pon xlaku.....laku kot......walaupon golongan lebihan berat badan ni selalu orang kata macam-macam,tapi depa tetap cute bak kata kumpulan jambu,muka legend hati cute.......hahaha.....padahal pak yus kumpulan jambu tu kira gemok la tu......hehehe.............jom baca kisah ni jom........
Berlaku di sebuah negara, pertandingan ratu cantik yang hanya dikhaskan bagi wanita gemuk, diulangi, tersangat gemuk tapi cantik...
Dan pertandingan itu dimenangi oleh srg wanita, nelly (bukan nama sebenar) yang mengalahkan 40 orang wanita lain yang gemuk-gemuk belaka....
haha.......1 ja nasihat penulis,walaupon rasa diri obes,jangan patah semangat dan maintain muka xda jerawat ok.......kuruih muka penoh jerawat x guna jugak.............hahahha.......selamat beramal...............