Pages

salam blogger............

kalau sebelum ni cek penah cerita pasai majlis pernikahan berunsurkan 18sx yang melibatkan golongan pompuan,hari ni cek nak cerita pasai gejala GAY yang semakin orang buleh buat rilex ja kt dunia ni........hahaha......aku ni xtau pasai apa makin hari makin skema ayat aku ni kat blog.......hehehe.......

kalau nak cerita pasai masalah sosial ni,memang xleh nak kata la....selalunya maslah gejala pelacuran la yang paling hebat orang selalu dok sebut....walaupun selalunya golongan perempuan yg selalu dok buat kerja pelacuran ni,tapi lelaki pon apa kurangnya zaman lani dengan gejala GAY nya.....haha....

kalau perempuan cek xtau la,tapi kalau tanya kaum lelaki,mesti dah biasa dah kan jumpa orang dok conteng kat dinding-dinding tandas awam tulis NO TELIFON untuk khidmat gay........haha...dalam seat bas pon ada jugak.....xlama lagi aku rasa mesti dh sampai tampal poster kat tiang-tiang elektrik dah macam iklan ALONG untuk khidmat gay.......haha....

kisah ni berlaku kat india.....jom baca jom........



NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.


Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.


"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.


Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India.




cek xtau la pasai apa manusia zaman lani makin jadi xmalu.....satu ja pesanan penulis,beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis...........haha.....rasanya ada kot kena mengena sikit-sikit ngn artikel kt atas ni........hahha

Labels:


salam blogger.........

heheh........cek xtau la kalau cek ketiggalan zaman ka apa pasai berita ni.........heheh..........tapi untuk sapa yang xtau lagi pasai berita ni,jom sama-sama baca......

sebelum ni kan kita dh dengaq pasai berita sorang budak lelaki kat Indonesia yang kuat merokok kalah bapak dia..........hahah..........
orang laen budak-budak belajaq mengira pensel ka apa ka,tapi budak tu belajaq mengira pakai batang rokok.....hahha......

tapi kali ni mungkin kawan dia kot......pompuan pulak tu....elok la tu ada pasangan........hahahah...jom baca kisah ni.........


Belum lama media dunia dihebohkan dengan seorang kanak-kanak berasal dari Indonesia Aldi Rizal yang baru berusia 2 tahun yang menjadi perokok berat, dan beritanya dipaparkan di hampir semua media masa dunia, kali ini kanak-kanak perempuan dari negera Cina ini pun seakan tidak mahu kalah.
 Ya Wen yang baru berusia 3 tahun ini sekarang menjadi perokok tegar dan kecanduan rokok serta minuman bir sebagaimana orang dewasa, setelah dia kemalangan terjatuh. Diceritakan oleh ibunya Gau, anaknya Ya Wen selalu mengambil kesempatan untuk minum bir.

Ya wen perokok dan peminum.

Setelah kemalangan yang dialami Wen memang banyak perangai kanak-kanak ini yang berubah, tingkah lakunya serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Salah satu contohnya adalah memakai baju dan kasut dengan ukuran dewasa, termasuk merokok dan minum minuman keras
.


macam biasa la,satu ja pesanan penulis,jangan ajaq anak-anak megira guna batang rokok dah la..............hahahha.......

Labels:

salam blogger..........

hari ni cek nak cerita pasai rekod dunia pulak.......heheh....sapa cakap duduk saja pon xleh pecah rekod dunia........haaaaaaa...........

tapi yang kisahnya pasal rekod dunia dudk saja tanpa makan dan minum.........haha...memang cek salute la mamat ni......cek yang xmakan tengahari sehari ja pon dah rasa kebuloq dh......hahaha...dia ni buleh pulak tahan xmakan xminum selama 480 jam........jom baca kisah ni jom......



Seorang jejaka berhasil memecahkan rekod dunia dengan tidak makan dan minum selama 480 jam. Selama waktu tersebutlah, Russel Miracle (22), berdiam dalam kotak.

Aksi tidak makan-minum selama 20 hari membuatkan Russel mengalahkan rekod David Blane. Dia berdiam dalam kotak sepanjang 200 sentimeter (cm), lebar dan tinggi 80 cm. Pada kotak tersebut terdapat lubang udara berdiameter 8 cm.

Ribuan orang di Mal Artha Gading, Jakarta Pusat, menyaksikan Russel di minit-minit terakhir menyelesaikan aksinya. Dia lemas tidak berdaya. Berat badannya pun menurun drastik. Sebelum beraksi, berat badannya adalah 81 kilogram, namun ketika keluar dari kotak turun sehingga 65 kg. Ketika diberi makan dan minum, dia terus merasa mual.

Russel berkata tindakan nekadnya semata-mata untuk menunjukkan pada dunia, dia mampu melakukan seperti dilakukan oleh orang lain.




sebagai nasihat penulis,macam-macam benda yang kita boleh buat kat dunia ni untuk buat rekod dunia.....tapi jangan sampai makan diri dah la...kesian kat jiran sebelah nanti nak kena galikan kuboq........hahha.......

Labels:

salam blogger..............

hari ni cek nak cerita psal kasih sayang ayah pulak.............hehehe....... 2 3 hari ni asyik ceripa pasal kasih sayang ja aku ni........hahha......

tapi hat ni cerita pasal ayah dengan anak la..........bak kata orang, sayang anak tangan-tangan kan.......tapi hat yang ni dah tertukaq dh, sayang anak beli-belikan sekolah..............hahahha....walaupun xsedap peribahasa aku cipta ni tapi ok la tu......hahahha.......kisah ni cerita pasal sayangnya sorang ayah ni kat anak dia sampai saggup belikan sekolah hanya tujuan anak dia saja.............hahaha....jom baca jom........


Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.



Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.

Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu.




tapi dia ni kaya xapa la........untuk orang yang taraf biasa-biasa tu beli pensel pon ok apa,janji kita sayang anak kita...........hahahha


salam blogger...................

haha....ari ni cek nak cerita pasai satu kes gila ni pulak yang berlaku kat Lincoln.........bayi kena buli oleh mak dia sendirik............aduih...........ingat kan budak sekolah ja kena buli...ni bayi yang kena buli.......

serius kesian sangat bila tengok bayi ni kena lekat dekat dinding oleh mak dia sendirik.......bole pulak mak dia buat maen-maen..ish3.....jom baca kisah ni...............






LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.




Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat. Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya.



Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit. 

Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat. 

Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding. 

Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya. 

Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.

Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini. 

Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. “Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan,” kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri. 

Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi..



macam biasa.........satu ja pesanan penulis.............ibu-ibu sayangi anak-anak hampa...........nanti buat tua-tua nanti time dah tua kerepot anak kita buat balik lagu tu kat kita x ka comee namanya tu................hahah.......

Labels:


salam blogger.............

daripada cerita pelik-pelik,hari ni cek nak cerita pasal kes cinta pulak......hehehe.,....kadang-kadang kena jiwang jugak kn.....hahaha.........

hampa semua masti tau kan pasai pemain badminton china ni,Lin Dan..........nak kawen dh dia...melepas la awek2 cina kat malaysia ni....hahahha............tapi serius cun jugak la bakal isteri dia yang jugak pemain badminton china.....jom baca artikel ni jom............



BEIJING: Bintang badminton China, Lin Dan mendakwa latihan persiapannya untuk Sukan Olimpik 2012 di London, tidak menghalang perancangannya untuk mengahwini bekas juara dunia, Xie Xingfang.


Lin Dan, yang dianggap kebanyakan pihak sebagai pemain terbaik zaman ini, meraih pingat emas yang diingini sekian lama untuk menyempurnakan koleksi gelaran dunia dan Olimpik.


Dengan jaminan legasi aksinya, Lin, 27, berkata dia bersedia untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain, menjelmakan kemungkinan untuk berkahwin sebelum temasya sukan berprestij di London.


“Saya banyak mengorbankan keluarga, teman wanita dan rakan-rakan untuk bermain badminton. Kini, saya rasa keluarga saya dan rakan-rakan sama penting dengan sukan,” katanya kepada media tempatan semalam.


“Saya tidak akan menangguhkan perkahwinan hanya kerana Olimpik London. Saya punya banyak pengalaman dan saya tahu bagaimana untuk melakukan semulanya,” katanya.


“Saya mempertimbangkan untuk berkahwin sebelum temasya London dan saya sedang berusaha ke arah itu.”



baguih depa ni.....walaupon sibuk tetap jugak nak kawenn..........penulis pon nak kawen jugak la........hahahaha...........

Labels:





salam blogger......

jangan terkejut naaa kalau hampa nampak gambaq ni...........hahahha...sori la kalau agak lucah sikit.....tapi nak buat lagu mana dah......dunia dah makin pening........aduih.........saja la cek nak tunjuk supaya kita suma ni celik mata dengan semua benda yang dah berlaku zaman lani......skema gila ayat aku..........hahha

sebenarnya gambaq ni dirakam kan sewaktu dalam majlis pernikahan............try tengok gambaq tu,nampak kan 2 orang budak...siap rilek ja menonton kat tepi tu macam tengok tv dengan family........hahahha.......




Ternyata ada tradisi menari lucah yang masih diadakan di suatu daerah di Indonesia. Tradisi ini dilakukan diwaktu acara pernikahan. tapi yang hebohnya, tarian ini bukan dilakukan pada malam hari, tapi di siang hari dan disaksikan seisi kampung termasuk anak kecil. Dan adegan lucah heboh ini dirakam oleh salah seorang pengunjung..

hahhaha....gila dah dunia ni........tarian lucah bole pulak  untuk tanyangan umum......18sx  kalau kat tempat depa ni kira dah tertukaq la ni jadi U kalau tayang kat TV.......hahaha....

Buat penari tu..... aiyya takkan depan kanak-kanak pon nak nak buat free show????.......ish3..........moral value xada lgsg ni.....ni kes skip kelas agama la ni........ish3............


1 ja pesanan penulis.....jangan tiru aksi ini.............hehehhe.........




Labels:

salam blogger..........

dah 2 3 hari dah aku x update blog ni....semua ni angkara exam.....hari ni hari ke dua aku exm......esok hari last...........hahahah....lepas tu ka selamat tinggal kuala lumpur la jawabnya....hahha....selamat datang kedah pulak.....hehhe....

mk cik kafe tu cakap aku mcm cicak dah pasal kurus.......natang suggh......hahah...nak buek cam mano......dah kuat study(kuat benoooo buhong nyaa).....hahahhah........

bila dah masok time exam ni asyik stress ja pasai nak kena stdy banyak......dah tu,time-time stress cam ni la kita nak kena cari benda yang bole bagi hilang stress ni...macam aku la,aku suka sikit orang putih cakap listening music....hahah....tapi yang tu untuk minda saja...mata pon kena hilang stres jugak dengan usha benda-benda yang kta suka dengan cantik.....haaaaaaaaaaa....kan...
hari ni meh nak cerita pasal Niagara Fall.....macam water fall.......hahaha...tapi xda la macam kat Malaysia ni kan.....tempat ni kat north America....kalu rajin pi la tengok-tengok.........hahahhaha



cantik kan....tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baek doh umah tidoq.........hahahha.....

Labels:

salam blogger.....

hari ni cek nak cerita pulak pasai satu habit yang orang dah biasa dah dok buat.....hehehe.....aku pon lebih kurang ja la.....2 kali 5.......ceh.......hhhahahaha

kalau biasa orang selalu dok letak lab top depa kat riba kan........dah nama pon komputer riba...hahaha.....selalunya time bila orang dok chatting la orang selau buat habit ni....lepas tu dok pulak kat ats katil macam dalam gambaq bawah ni.....sambil tu dok tesengih sorang-sorang pulak pasai dok chatting ngn awek......hahhaa.....biasa la tu..........hahahha......jom baca artikel ni.......


GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal 
Pediatrics.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.padan muka budak budak tu ketegaq sangat...hahahah.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


bahaya kan.......dah tu jangan ketegaq dah noh buat habit ni.....buat satu hari gatai nak pakai skirt dalam umah ka nak goda suami...tak ka buruk namanya tu bila dipandang bila kaki jadi lagu tu.......hahaha........

Labels:

salam blogger....

sory la sangat-sangat noh pasai aku xdapat nak update tiap-tiap hari blog ni lani....minggu ni minggu exam...aku sibuk sikit......sori noh.....

sebenarnya aku serius nak update blog ni tiap-tiap hari.....walaupon follower aku x ramai janji aku dapat share knowledge dengan hampa semua.......xpa lama-lama ramai la follower aku....hahahha.........

hari ni meh cek nak cerita pulak pasai keluarga power.....kalau sebelum ni cek cerita pasai orang tua pon power kan pasai boleh lagi dia mengandung walaupon dh cecah umor 66 tahun...hahaha...tap hat yang ni pulak pasai keluarga yang ada anak sampai 18 orang...hahah.ramai kan....rasa-rasa cek la kan depa beranak tiap2 tahun paaa....hahahahha....jom baca artikel ni....


Pasangan suami istri, Gil dan Kelly Bates memang amat suka dengan anak-anak. Mereka ‘kecanduan’ memiliki banyak anak. Sampai saat ini pasangan asal Tennessee-Amerika ini telah memiliki 18 orang anak.Sebulan yang lalu lahir anak ke 18 mereka. Dan mereka akan memprogram untuk mendapatkan anak selanjutnya. Mereka agaknya memang tidak ingin ketinggal dengan keluarga Dugars yang merupakan keluarga dengan anak terbanyak di dunia saat ini 19 anak!
Mereka tertinggal satu angka dari keluarga besar asal Arkansas itu. “Kami ingin punya anak lebih banyak jika Tuhan memang menginjinkan,” ungkap Gil yang saat ini sudah berusia 45 tahun.
Menurut menurut mereka anak-anak adalah anugerah dari Tuhan dan titipan yang harus dijaga sebaik-baiknya. Sementara itu sang istri, Kelly mengaku kalau anak-anak membawa kebahagian. Tangis bayi adalah anugerah terindah.
“Kami tidak pernah membeda-bedakan. Apakah bayi yang lahir itu perempuan atau laki-laki. Semua sama, mereka membawa kebahagiaan tersendiri,” imbuhnya. Pasangan yang menikah 23 tahun lalu itu memang bangga punya banyak anak.
Kelly saat ini berusia 43 tahun dan ia hamil dan melahirkan hampir setiap tahun. Anak tertua mereka telah berusia 21 tahun dan paling kecil berusia 1 bulan.
Saat ini keluarga besar itu tengah menambah fasilitas ruangannya. Saat ini saja sudah ada 5 kamar tidur, 8 kamar mandi, 2 dapur, sebuah ruang makan ekstra besar, ruang menyusui dan ruang belajar.
Keluarga itu sedikitnya menghabiskan 48 butir telur, 4 pak bacon, dan 40 lembar roti untuk saparan pagi. Meskipun semua serba ramai dan besar, kelaurga yang menjalankan bisnis penjualan kayu itu saling menjaga dan membantu satu sama lain.
Namun yang paling mengherankan awalnya keluarnga ini tidak ingin punya anak sejak awal mereka menikah.

sama-sama lah kita mencontohi keluarga depa ni...dapat anak banyak-banyak...hahahahha

Labels:

salam blogger..........


sebelum ni cek cerita pasai orang ja.....tapi hari ni cek nak cerita bukan orang pulak......hehhe.......pasai bumi la pulak.......


kalau sebelum ni orang pompuan suka betoi tengok cerita adamaya......pasai suka tgk laki dia tu la kn....hahhaha...jgn tipu...betoi kan??????.....hahhaha.....tapi laki pon lebih kurg ja aku tgk.....dulu aku tgk time nak tyg crta ni penoh ja aku kt bilik tv nak tgk....hahaha.........kalau dalam cerita tu laki dia suka betoi jaga alam sekitar........tangkap gambaq sana sini......


tapi sebenaqnya xda kaitan pon dengan aku.......hahaha....saja ja la nak sebut pasai cerita adamaya tu jaga alam sekitar.....hehehe.....


baru-baru ni kan ada berlaku gempa bumi kat jepun.....dan effect gempa bumi ni dah pon bagi banyak bencana.......tapi ada 1 lagi hampa semua xtau lagi....jom baca artikel ni.....





Richard Gross, peneliti dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun model penghitungan kompleks untuk mengalkulasikan secara teori, bagaimana gempa bumi di Jepun, yang merupakan gempa terbesar kelima sejak tahun 1900, mempengaruhi Bumi
.
Hasil data dari United States Geological Survey perkiraan telah menemui adanya perubahan masa pada Bumi. Gempa Jepun telah membuatkan Bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memperpendekan waktu dalam sehari sehingga 1,8 mikrodetik atau sepersejuta detik.
Perkiraan yang dibuat juga menunjukkan bahawa paksi Bumi bergerak sekitar 17 sentimeter ke arah bujur timur. Perubahan paksi ini akan membuat pergerakan Bumi sedikit berbeza. Namun itu tidak mempengaruhi posisi Bumi di ruang angkasa kerana hanya kekuatan eksternal seperti graviti Matahari, Bulan, dan planet-planet yang mampu mengubah itu.
Seputar semakin singkatnya waktu dalam satu hari yang sudah tidak mencapai 24 jam, sebagai gambaran, akibat gempa dengan magnitude 8,8 yang terjadi tahun lalu di Chile, waktu dalam satu hari telah dipangkas sebesar 1,26 mikrodetik dan menggeser paksi Bumi sekitar 8 cm.
Sedangkan, menggunakan perkiraan serupa yang dilakukan setelah gempa dengan magnitude 9,1 yang menghentam Aceh tahun 2004 lalu, waktu dalam satu hari sudah berkurang sebesar 6,8 mikrodetik akibat bergesernya paksi dan bentuk Bumi sekitar 7 cm.
“Pusingan Bumi terus berubah, dan tidak hanya disebabkan oleh gempa, namun juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin di atmosfera dan arus samudera,” kata Gross, seperti dipetik dari Science Daily. “Bagaimana gempa mempengaruhi pusingan Bumi tergantung pada skala, lokasi, dan bagaimana gempa terjadi,” ucapnya
Gross menyebutkan, dalam kurun satu tahun, waktu dalam satu hari boleh bertambah dan juga berkurang sekitar satu milidetik atau 550 kali lebih besar dibandingkan akibat gempa Jepun. Demikian pula dengan plat Bumi yang boleh bergeser sekitar 1 meter dalam satu tahun akibat berbagai gempa.
Meskipun telah membuat penghitungan, perkiraan yang dibuat Gross, hasilnya kemungkinan akan masih berubah dengan munculnya data-data baru yang lebih tepat bergantung kepada fenomena yang terjadi di Bumi.



semua ni ketentuan Allah swt....yang penting kita semua sama-sama jaga alam sekitar ni bagi sama macam hat dalam cerita adamaya tu na....hahahhaha......

salam blogger.....

selalu cek cerita pasai orang  muda-muda ja......hari ni meh cek nak cerita pulak pasal orang tua-tua pulak....siapa kata orang tua pon x power..jangan salah paham power tang len naa......hahah...

tapi hat ni power pasai impossible jadi possible.....hahah....kalau kita belajaq science ka bio ka msti tau kan menopause selalu akan terjadi apabila usia wanita mencecah 50.....jadi bila dh sampai tahap tu kesimpulannya dah xboleh la nk melahirkan bayi lagi kn.....tapi selalu standart lebih umur 40 memang dh xsesuai dh  rasa untuk melahirkan anak dh pasai cek pon kurang pasti......hehehhe.....cek lelaki,muda pulak tu....mana la cek nak tau...hahahha.....

tapi hat ni cerita pasai seorang wanita umoq dh 66 tahun dh tapi still power....jom baca keratan akhbar ni tau power lagu mana......


INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin.

Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak.

“Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya.

Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi






.


pelik tapi benarkan.....sesungguhnya ketentuan zuriat itu semuanya daripada ALLAh swt.....

Labels:


salam blogger......

hari ni cek xmau cakap banyak....cuma bila cek tengok gambaq-gambaq ni jadi gila tegelak sorang-sorang....hahhaha...mana taknya bengong betoi gambaq budak ni.......hahha...rilek betoi dia santai hisap rokok siap layan lagi muka dia..........hahhaha

funny baby





















sebenarnya banyak ja lagi gambar best-best....free lagi.....hampa semua usha sendiri la noh....type ja google image xpon search kat bing.com........hahahha..........selamat menjamu mata..................hahhahaha

Labels:

salam blogger....

hari ni aku rasa mereng sikit pasal baca artikel ni......hahha.pelik-pelik benoo dunia ni......hahahha......sambil merompak umah orang pon sempat lagi mandi...hahahhaha.......yang ni berita dari akhbar.......kisah dia pasal sekumpulan penyamun yang menyamun ada sebuah rumah......tapi yang mengongnya sempat lagi mandi tengah-tengah orang dok kalut menyamun..........depa xdanmandi kot kat rumah depa sebelum p menyamun......hahahha

selalu kita dengaq orang menyamun 3 5 minit ja....ni menyamun pesen baru sampai siap mandi lagi.....kalau depa sempat pinjam deodorant tuan punya rumah aku xtau nak kata pa dah..........hhahahhaha....jom baca keratan akhbar ni...........


REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.

Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.

Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.

“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.

“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.

“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.

“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.

Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya.
hahahha.......gilooo betoi dunia zaman lani...................

Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...