Pages

salam blogger..

makin hari makin banyak cerita dari muka surat khabar hat makin hot.....apa taknya,kalau kita baca akhbar harian metro,semuanya hot......hahahahha...sebab tu la akhbar metro laku sikit....hahahaha....

tapi kisah kali ni cerita yang agak kureng la..pasal kisah rumah tangga yang dah macam rumah xada tangga.....dah macam ustaz fazilah kamcah dah....hahaha........

kalau selalu orang yang xkawen ja berani merakan aksi seks mereka,tapi yang dah kawen pon apa kurangnya pasa zaman lani......ni semua akibat pengaruh video seks dah gambar-gambar porno la ni......bila dah terpengaruh mesti la nak tiru kan....haddoiiiiiiiiiiiiiii............akibatnya,runtuhlah keluarga.....tak ka malu namanya tu....haddoiiiiiiiiiiiiiiii.....jom baca kisah ni.....

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kini mengesan seorang wanita yang sering dipaksa suaminya melakukan aksi seks termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Jurucakap JKM negeri berkata, pihaknya mahu mengumpul maklumat lengkap mengenai kejadian terbabit selain cuba memberi khidmat kaunseling dan perlindungan kepada mangsa berusia 30-an serta tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun.

Katanya, ketiga-tiga anak mangsa boleh dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menghalang mereka diperlakukan dengan kejam oleh bapa mereka.

“Mangsa yang juga isteri suspek juga boleh dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memberi perlindungan kepadanya daripada dianiaya suami walaupun tinggal sebumbung.

“Kami akan berjumpa mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian dan menyiasat kes ini sama ada dia serta anaknya benar diperlakukan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya perlu terlebih dulu mendapatkan laporan perubatan mangsa jika suaminya pernah melakukan hubungan seks di luar tabii ke atasnya.
Katanya, pihaknya juga akan berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan siasatan bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, pihaknya bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa jika dia bercerai, sekali gus bergelar ibu tunggal.
Selain itu, katanya, pihaknya akan membantu daripada segi sokongan moral dan bantuan sokongan perniagaan kepadanya bagi menampung kos kehidupan pada masa depan.

“Di Perlis, terdapat lebih 5,000 ibu tunggal berdaftar dengan JPWN bagi mendapat bantuan yang dimaksudkan.

“Kami bukan menggalakkan mangsa untuk bercerai, cuma mahu orang ramai tahu perceraian itu bukan satu perkara yang bermaksud pengakhiran bagi kehidupan seseorang wanita,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penjawat awam mengharungi neraka dunia apabila sering dipaksa suaminya melakukan aksi seks termasuk aksi luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah mereka.
Lebih menjijikkan, suami bernafsu binatang itu juga sudah merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak dari malam pertama perkahwinan sehingga kini. -HM

satu ja nasihat penulis,kembali kepada ajaran agama pasai agamalah tunjang serta panduan hidup manusia yang amat lengkap...kalau tak,hidup ni tak ubah seperti binatang ja.......(dah macam ustaz dah aku ni....hahhaha).....

Labels:
Reactions: 

salam blogger.....

penulis ingin memohon maaf kerana agak berhabuk lagi kusut masai entry kat blog ni...biasa la,bila umur dah makin meningkat,makin banyak hal dan kerja nak kena buat...hal sudy lagy,cari makan lagi,buah hati lagi....hehehhehe......

tapi untuk artikle kali ini,penulis nak berkongsi tentang pemakanan pulak...memandangkan penulis lani baru nak sedaq yang makanan sebenaqnya kalau xjaga sejak awal lagi,habis la masa tua nanti.......mana taknya,nanti habis berkedut muka kulit nanti bila dah tua...sebabnya makanan yang tak terjaga la masa muda-muda......haaaaaaaaaaaaaaaaaa......jom baca kisah ni......


Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa disedari ia boleh membawa risiko serangan jantung dan angin ahmar.
Menurut kajian diketuai Hannah Gardener dari Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, golongan dewasa yang minum soda diet setiap hari menghadapi risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung.

Ia jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang mengambil minuman tersebut.

Garderner dan kumpulannya menjalankan kajian terhadap 2,564 orang dewasa di New York yang berusia 69 tahun ke atas.
Kajian itu merumuskan seramai 591 lelaki dan wanita akan menghidap sakit jantung, angin ahmar atau meninggal dunia akibat faktor kardiovaskular dalam tempoh beberapa dekad termasuk 31 peratus daripada 163 orang yang minum soda diet setiap hari dari tarikh kajian dimulakan.

Ditanya apakah soda diet menjadi punca kepada penyakit tersebut, Gardener menjelaskan pihaknya masih belum dapat memastikannya.

"Saya tidak rasa masyarakat perlu mengubah tabiat pemakanan mereka berdasarkan kajian ini kerana ia masih belum jelas dan kajian perlu diteruskan bagi mencari jawapan yang tepat," ujarnya.

Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...