Pages

salam blogger......

berhabuk dah blog cek ni............hahhah.......berapa hari dah x update ni.......hehe......

hari ni meh kita sembang pasal ilmiah sikit....selalu asyik pasal haiwan jah......hahah.....selalunya kalau biasa budak-budak kalau dah habis sekolah teros kerja...hat tu jenis malas ngaji lah...hahha....biasa la tu....dah memang trend dah pon zaman sekarang......tapi ikot nasib la kalau kes macam ni....ada yang maju boleh jadi kaya walaupun x berpelajaran tinggi.....tapi selalunya hat kita tengok banyak hat x  maju la....tu la akibatnya kalau xmau ngaji.....haaaa....

tapi hat ni kes pandai terlajak ni.....haha...umur baru 21 tahun dah ada ijazah perubatan..........selalunya bidang perubatan ni hat ngaji umoq 25 26 baru habih.....hat ni awai kot........hahha...jom baca jom......



LONDON - Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachael 'merampas' gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.
Tempoh pengajian pula memakan masa selama enam tahun menyebabkan graduan bidang itu biasanya berusia 23 atau 24 tahun.
Namun, Rachael dibenarkan untuk mengikuti pengajian perubatan hanya beberapa minggu selepas ulang tahun kelahiran ke-17.
Tidak lama lagi, Rachael akan memulakan latihan selama dua tahun di Hospital Royal Preston.
"Ibu saya merupakan seorang doktor veterinar. Tetapi saya rasa lebih sesuai membantu manusia. Akhirnya saya memohon menyertai sekolah perubatan di England ketika berusia 15 tahun," jelasnya.
Pada mulanya, Rachael belajar di Kolej Colegio Hispano Britanico di Lanzarote sebelum guru-gurunya mengenal pasti potensi dan membenarkannya untuk 'lompat kelas' selama beberapa tahun.



macam biasa la..... 1 ja pesanan penulis...


mengendap tinggi-tinggi,
sampai umah sebelah,
belajar tinggi-tinggi,
sampai x tau nak ngaji apa dah.


hahahha.....selamat beramal......pantun buruk.......hahahh

1 Response so far.

  1. peh..kenapa la aku x macam die...kekeke..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...