Pages

salam blogger..........

hari ni cek nak cerita pasai kes kawen ramai pulak ni....aiyya......macam-macam maa...........kisah ni kes sorg remaja baru 18 tahun dah kawen dah sebanyak 11 kali....jom baca jom........



Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.
Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.
Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.


penulis pon dah xtau nak pesan apa dah.......hahhaa.......ngarut sgguh............


Labels:

salam blogger.....

sori sangat nah cek dh xdapat nak rajin update blog ni tiap-tiap ari dah lani.pasai cek baru  ja start keja kat klia...stay pon umah sewa.....biasa la kan.....bila dh stay umah sewa ni,kawan-kawan kerja pon baru....xbole la nak bawak lab top kn gi umah sewa......bahayoo.....heheh.....

cek sebenarnya cuti lani.....budak-budak degree uni kan lani banyak cuti kan smpai bulan 9....dah tu cek pasai cuti lama,cek pon tepaksa la cari kerja...yala boring yang amat dok umah.....kesian jugak kat mak cek perabis beras untuk cek.,..hehhe.....

sebenarnya cek xkerja hebat pon kat klia tu...nama ja klia,tapi kerja cek xpower pon....cuci kapal terbang ja........hahah....tapi bole la gaji ckop makan.....tapi yang bestnya pasai tiap-tiap ari nampk pramugari......hahaha...macam cek ni kerja under syarikat yang cuci kapal terbang arab.....kapal terbang ni la........

http://www.flugzeugposter.de/images/gross/saudi-arabian_b777-200_hz-akf_1.jpg

kapal ni banyak bawak penumpang Malaysia yang baru balik dari buat umrah...kan tanah arab kan....dah ada kapal trbang mestila ada pramugari nya kan.....hahah....ni la pramugari yang aku jumpa tiap-tiap ari.....hehhehe..diorg punya uniform pakai topi apa xtau nak macam kopiah pulak aku tgk....hahaha


hehehe....besar kn....tapi rilek ja kerja ni sebenarya...sehari cek cuci 2 buah kapal terbang...tapi kadang-kadang ada jugak kapal terbang laen yang aku cuci macam kapal terbang ni

Goa Srilanka airlines flight
yang ni passnger dia banyak dari india la kalau x silap.......dah tu macam biasa la dah nama pon Sri Lanka,pramugari pon msti la org India jugak..heheh....uniform diorg pakai sari kot........heheh...

http://s2.hubimg.com/u/2674505.jpg

apa pon cek macam suka kerja ni....walaupon gaji x beribu-ribu,tapi bole la nak tidoq lama-lama pasai kerja skli cuci flight x smpai sejam pon....hehhe...yang masa laen tu cek tidoq ja la.......tempat kerja pon bole tidoq....hahha..kalah kerja kilang........haha......apapon,ariosss......

salam blogger...........

hari ni cek terbaca pasl 1 kisah lembu..........heheh......kisah main-main bunuh lembu..........
bongek butoi depa ni...bole pulak main-main bunuh lembu......pakai lembing pulak tu......macam zaman perang troy dulu....gila toi.jom baca jom......




TORDESILLAS, Sepanyol - Sejumlah lelaki di bandar ini semalam menyertai festival berusia lebih 100 tahun untuk membunuh seekor lembu jantan dengan menggunakan lembing.

Ratusan orang menyertai festival selama setengah jam itu yang dikenali sebagai Toro de la Vega untuk membunuh seekor lembu jantan bernama Platanito.


Lembu itu perlu dibunuh di sebuah kawasan yang tidak dipenuhi belukar selepas haiwan tersebut menyeberangi sebuah jambatan merentasi Sungai Duero.

Festival itu diadakan sejak 1453 pada setiap tahun dalam minggu kedua bulan September.




Labels:

salam blogger..............

adakah anda gi rongak mahupun gigi jongang????

hehe....xada apa-apa pon.......saja ja...........hari ni cek terbaca satu artikel ni.....gila pelik.........gigi ikan nak macam manusia dh bila tengok............kalau gigi monyet tu memang xpelik la pasai memang dh nak sama dh pon kan......tapi hat ni sekoq ikan kat South Carolina....dah nak sebijik dah cek tengok gigi dia dengan gigi manusia.......tapi xsama la ngan gigi cek...........heheh......jom baca kisah ni jom....



Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut ketika ikan yang ditangkap, mengigitnya dengan kuat. Dia  menjerit dan setelah dimemeriksa gigi ikan ini mirip gigi manusia.

Seperti dipetik web.orange Frank Yarborough sedang memancing di Wylie, South Carolina. Baru saja melontar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut.

Frank gembira kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kg dengan panjang hampir setengah meter.  Dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia terkejut dan menjerit kerana didigigit kencang seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa, ikan itu memiliki gigi seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan disekitar itu pada umumnya.


Ikan dibawa pulang. Yarborough belum terfikir untuk menggorengnya. Seingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Bahagian Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengambil sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan jenis spesies ikan misteri itu.


sebagai pesanan dari penulis,rajin-rajin la gosok gigi.......takot nanti sama pulak dengan gigi ikan ni....heheh

Labels:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...