Pages

salam blogger....

apa rasanya kalau manusia jalan ke belakang....pelik ngat aih......mau terkentut jawabnya....hahah...tapi biasa la orang kalau nak buat benda gila,semua benda pon bole jadi.......tapi hat ni cerita pasal Malaysia Book Of Record pulak.....kisah ni lama dah..tapi saja cek nak habaq balik.......jom baca jom.....




Raja pandu kereta mengundur, I. Rajagopal (gambar kecil), 56, bakal melakar sejarah tersendiri apabila merancang memandu secara mengundur pada jarak paling jauh berbanding dua rekod sebelum ini.
Pada penjelajahan sejauh 1,500 kilometer (km) bermula pada 12 Disember 2012 bersempena tarikh 12.12.12 itu, beliau akan menggunakan kereta jenis Proton Saga 1.6 bermula di bandar raya Johor Bahru.

"Dari Johor Bahru, saya akan memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 40 kilometer hingga 50 kilometer sejam mengelilingi Semenanjung Malaysia sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
"Penjelajahan ini dijangka mengambil masa selama 10 hari," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 2008, Rajagopal mencipta rekod pertama memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 55 kilometer sejam sejauh 88 kilometer dari Jalan Ungku Puan, Johor Bahru hingga ke pantai peranginan Desaru di Kota Tinggi.



Last words oleh penulis,tobat aku xmau try kalau nak buat macam dia ni.....hahahahhaha

0 Responses so far.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...