Pages

salam blogger.....

penulis ingin memohon maaf kerana agak berhabuk lagi kusut masai entry kat blog ni...biasa la,bila umur dah makin meningkat,makin banyak hal dan kerja nak kena buat...hal sudy lagy,cari makan lagi,buah hati lagi....hehehhehe......

tapi untuk artikle kali ini,penulis nak berkongsi tentang pemakanan pulak...memandangkan penulis lani baru nak sedaq yang makanan sebenaqnya kalau xjaga sejak awal lagi,habis la masa tua nanti.......mana taknya,nanti habis berkedut muka kulit nanti bila dah tua...sebabnya makanan yang tak terjaga la masa muda-muda......haaaaaaaaaaaaaaaaaa......jom baca kisah ni......


Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa disedari ia boleh membawa risiko serangan jantung dan angin ahmar.
Menurut kajian diketuai Hannah Gardener dari Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, golongan dewasa yang minum soda diet setiap hari menghadapi risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung.

Ia jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang mengambil minuman tersebut.

Garderner dan kumpulannya menjalankan kajian terhadap 2,564 orang dewasa di New York yang berusia 69 tahun ke atas.
Kajian itu merumuskan seramai 591 lelaki dan wanita akan menghidap sakit jantung, angin ahmar atau meninggal dunia akibat faktor kardiovaskular dalam tempoh beberapa dekad termasuk 31 peratus daripada 163 orang yang minum soda diet setiap hari dari tarikh kajian dimulakan.

Ditanya apakah soda diet menjadi punca kepada penyakit tersebut, Gardener menjelaskan pihaknya masih belum dapat memastikannya.

"Saya tidak rasa masyarakat perlu mengubah tabiat pemakanan mereka berdasarkan kajian ini kerana ia masih belum jelas dan kajian perlu diteruskan bagi mencari jawapan yang tepat," ujarnya.

0 Responses so far.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...