Pages

salam blogger......

dah lama x update blog yang penuh informasi lagi penuh kontroversi dengan cerita yang BEST..(weerkkk...)....hahahha....sorry la noh...agak sibuk sekarang penulis.....sejak ada hobby baru ni,jarang sikit nk update blog......fishing....serius best.....obviously cek memang dah agak kemaruk dengan hobby baru ni.....

walaupun x la pandai sangat,tapi at least dah power dh banyak hal dalam mmncing(werkk........)....hahahhaha.......

hari ni jom baca kisah ni,seriously xkan terjumpa punya kat area tempat kita tinggal....execption(hospital tanjong rambutan)....haha....jom baca jom...



“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.


“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.



sebagai nasihat penulis,banyak lagi benda yang boleh dimakan kt dunia ni,kalau sampai kebuloq pon,jangan la bantai makan sabun tu.......rumput tu berlambak kt tepi jalan....hahahh.....

Labels:

salam blogger.....

kembar siam selalunya  mesti sama...tapi hat sama tu selalunya mesti sat-sat ja....contohnya bila dah besaq sikit dah mula berubah sikit-sikit antara pasangan kembaq tu......macam pakai baju xsama la,macam-macam la.....tapi hat ni jarang kita jumpa kot....sampai dah besaq dah beranak pon still lagi sama.....hahhaha.gila-gila.......jom baca jom....




Pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke begitu sukar dipisahkan.
Mereka dilahirkan selang empat minit, belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama serta lulus dengan gred yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama.

Pasangan kembar itu juga berkahwin pada hari yang sama dan berbulan madu di tempat yang sama.
Kedua-dua beradik itu adalah anggota polis wanita, memandu kereta model yang serupa, mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar dan sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang.


Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.


Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut. ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

“Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa.


“Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.” Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’ Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.

Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.

macam biasa la,sebagai nasihatnya,kalau dapat anak kembaq nanti nanti xpayah susah2 nak beli baju......pasai bila berasa malas nak basuh baju tukaq la sat baju hat sorang ni dengan hat sorang lagi...jimat kan.......hahhahahahha...........

Labels:

salam blogger.........

kayoooooooooooooooooooo................hahhaha....sapa xmau duit AS$1 juta.......banyak tu......kalau dalam duit Malaysia,mau cecah 3 juta lebih......sebab tu la orang selalu cakap,akal itu lebih tajam dari mata pedang....memang betoi la tu,mata pedang tajam lagu mana pon kalau jual berapa ringgit ja bole dapat....tapi akal hat lagi tajam bukan takat mata pedang ja,anak pedang,bapak pedang,tok pedang pon bole dapat...hahhah.....jom baca kisah millionaire ni jom....



Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.

Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.


Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil.

macam biasa la,sebagai nasihatnya,rajin-rajin la baca paper,pasai selalu soklan hat cek  dok tengok dalam rancangan kena tanya dalam Who Wants to Be a Millionaire tu selalu rasa ada dalam paper ja...general knowledge kot....hahahha.......bila dah dapat duit tu,goyang kaki gosok gigi ja la.............hahahhahah

salam blogger.....

walaupon bulan puasa dah pon lepas,tapi ibadah puasa still lagi ada....sapa kata puasa untuk bulan ramadhan ja......puasa ada banyak lagi sebenaqnya.......xkisah la ganti puasa masa hat xpuasa bulan ramadan ka,macam-macam lagi la....hahahahha

kalau kat malaysia ni,biasanya kita puasa nak dekat 12 jam....tu pon temengah-mengah lagi....sebenaqnya ada lagi tempat hat puasa lagi lama.....haaaaaaaaa...jom baca....



Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.

Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu.




macam biasa la,sebagai nasihat,puasa tu bagi la penoh........serius sakit kot time nak ganti balik........kalau orang pompuan tu,paham-paham ja la.....................hahah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...